Adakah anda baru sahaja selesai menamatkan pengajian tinggi dan kini akan memulakan alam pekerjaan? Jika ya, kereta pastinya akan menjadi aset pengangkutan yang amat penting bagi anda. Namun begitu, bagi memilih kereta yang sesuai serta harga yang berpatutan dengan situasi kewangan anda bukanlah perkara yang mudah dicapai.
Tetapi, jangan risau ianya bukan mustahil! Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis pilihan kereta dari negara import sehinggalah kereta tempatan yang dijual dengan harga yang berbeza mengikut spesifikasi masing-masing. Oleh itu, anda tidak perlu risau lagi, di sini kami akan kongsikan lima kereta mampu milik yang ideal eksklusif untuk anda.
1. Perodua Axia
Perodua Axia adalah kereta hatchback yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan serendah RM 23,367. Axia juga amat dikenali sebagai kereta yang sangat menjimatkan bahan api khususnya untuk perjalanan jarak jauh. Walaupun luaran Perodua Axia kelihatan sedikit kecil namun bahagian dalamannya mempuanyai ruangan yang sangat besar dibandingkan dengan kenderaan Perodua sebelum ini seperti Kancil dan Kelisa. Perodua Axia kini juga mempunyai ciri tekan butang untuk menghidupkan enjin tanpa menggunakan kunci itu sendiri untuk menghidupkan enjin.
2. Perodua Myvi
Kereta Myvi sering menjadi pilihan utama bagi golongan muda sebaik sahaja mereka memperoleh lesen kereta. Praktikal, bergaya dan serba boleh, Myvi telah menjadi ikon kereta Malaysia yang tidak mengkikis dompet anda. Harganya pula mengikut saiz enjin yang dipilih dan pada variasi 1,300cc, harganya yang paling rendah ditawarkan oleh Perodua adalah sebanyak RM 41,292. Ianya mempunyai daya tarikan yang tersendiri serta memberi manfaat yang sepenuhnya.
3. Proton Saga
Jenama negara tumpahnya darahku ini telah menjadi kegemaran ramai kerana bercirikan variasi jenis sedan serta harganya yang bersesuaian dengan status kewangan marhaen. Kereta Saga merupakan kereta yang amat sesuai dan selesa bagi perjalanan jarak jauh atau di dalam bandar. Oleh kerana saiz Proton Saga ini bercirikan variasi jenis sedan, harga yang ditawarkan kepada pelanggan adalah sebanyak RM 32,800 iaitu lebih murah berbanding Perodua Myvi.
4. Perodua Bezza
Jika anda mencari kereta sedan yang menawarkan penjimatan minyak semaksimum mungkin, maka Bezza merupakan pilihan yang boleh dipertimbangkan. Selain mempunyai sistem eko dimana akan mengurangkan pembakaran minyak semasa memandu, kereta ini juga mempunyai ruang dalaman yang luas dan selesa. Harga yang ditawarkan oleh Perodua Bezza ini adalah sebanyak RM 33,456.
5. Proton Iriz
Sekiranya anda mencari kereta hatchback yang mempunyai harga mampu milik sebagai kereta pertama anda, maka Iriz mungkin boleh menjadi pilihan anda. Kereta ini menawarkan komponen-komponen terkini yang rapi dan praktikal namun berkelas. Iriz dilengkapi dengan semua ciri keselamatan yang diperlukan bahkan kereta ini telah memperoleh taraf 5 bintang dalam ASEAN NCAP (New Car Assessment Programme for Southeast Asia). Walaupun Proton Iriz hanya diklasifikasikan sebagai kereta hatchback, tetapi harganya yang ditawarkan pada RM36,700 membuatkannya agak mahal berbanding dengan kereta sedan keluaran Proton iaitu Proton Saga.
Jadi, yang manakah pilihan yang sesuai dengan diri anda? Anda juga boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai spesifikasi kereta-kereta tersebut dalam laman web kami.