Return to site

5 RAHSIA PINJAMAN KERETA -

KETAHUI SEBELUM MEMBELI KERETA.

JADILAH PEMBELI BIJAK. #KitaJagaPembeli

· Personal Finance

Jikalau anda seperti kebanyakan pembeli iaitu tidak ingin mengeluarkan bayaran pendahuluan yang tinggi atau beli kereta secara tunai, anda tidak akan terlepas daripada Loan Kereta. 

Namun sejauh mana anda mengetahui Loan Kereta selain bayar bulan-bulan? Mari kita kupas rahsia loan kereta satu persatu. Berbekalkan ilmu baru ini, anda kemungkinan besar meningkatkan peluang mendapatkan loan kereta yang berbaloi untuk anda.

1. PENJAMIN 

Biasanya keadaan berikut bank akan minta anda sediakan penjamin:

1. Sekiranya anda baru menjejakkan kaki ke alam dewasa dan merancang untuk membuat membeli kereta sendiri untuk pertama kalinya. Bank pun takut juga kalau anda tak mampu bayar nanti. Tercekik mereka tanggung kerugian.

2. Sejarah kredit akaun anda tidak stabil. Pihak Bank perlu tahu bahawa mereka memberi pinjaman kepada peminjam yang mampu melakukan pembayaran bulanan tanpa masalah. Ini boleh jadi hutang andatinggi berbanding pendapatan, terdapat tunggakan yang belum diselesaikan, dan sebagainya.

broken image

3. Tiada sejarah kredit. Ada di antara kita yang tidak menggunakan kad kredit atau apa-apa jenis kemudahan kredit yang disediakan bank. Bila rekod anda terlalu bersih, ia menjadi masalah juga sebab bank tidak tahu menahu jika anda mampu tanggung loan kereta sekiranya mereka luluskan. Sekadar menghantar nama kepada pihak Bank akan terus dapat kelulusan pinjaman. Bank juga mempunyai syarat kepada ‘penjamin’ yang mana layak untuk mendapatkan kelulusan.

Antara syarat untuk memilih ‘penjamin’:

  • Usia penjamin perlu lebih dari 21 tahun.
  • Stabil dari segi kewangan dengan rekod pendapatan yang baik dan latar belakang sejarah kredit yang baik (ini bermaksud CCRIS CTOS kena baik). 
  • Penjamin boleh menjadi sesiapa sahaja yang bersedia memasukkan tandatangan untuk menjamin pembayaran pinjaman anda.

Secara amnya, penjamin biasanya ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, atau juga rakan. Namun, ingatlah bahawa penjamin anda bertanggungjawab untuk membayar balik pembayaran, sekiranya anda gagal melakukannya. Boleh dikira hutang budi juga bila ada penjamin.

2. KADAR FAEDAH BANK

Kadar faedah pada amnya akan lebih tinggi untuk harga kereta yang rendah dan sebaliknya jika harga kereta tinggi.

Kadar faedah juga berbeza berdasarkan:

1. kadar rujukan di setiap Bank,

2. jumlah pinjaman & tempoh pinjaman,

3. sejarah kredit peminjam,

4. usia kereta, dan

 

5. promosi pinjaman oleh bank yang secara agresif mencapai sasaran pembiayaan.

Dalam kebanyakan kes pinjaman kereta, pinjaman dengan kadar faedah tetap ditawarkan kepada peminjam. Kadar pembiayaan faedah untuk kereta baru biasanya diantara 2.3% - 3.5% sementara kadar untuk kereta terpakai antara 3.5% - 4.2%.

broken image

Kalau anda tergolong dalam blacklist, bersedialah pembiayaan faedah sehingga 12% atau lebih tinggi. Jadi usahlah melonjak gembira bila melihat iklan “Blacklist pun boleh loan kereta.”. 

Pinjaman dengan kadar tetap dikira pada peminjam yang tidak mengurangkan baki, sekiranya peminjam ingin membuat pembayaran ‘tambahan’ kepada pihak bank. Maksudnya bayar lebih bulan-bulan tidak akan kurangkan jumlah faedah yang bank kenakan. 

Dalam beberapa kes, anda boleh memilih kemudahan pinjaman kereta yang fleksibel tetapi berhati-hati dengan pembayaran denda tambahan sekiranya anda tidak/lambat membayar!

Jadilah pembeli yang bijak dan pilih loan yang terbaik untuk keadaan kewangan anda.

3. BAYARAN PENDAHULUAN

Semakin banyak bayaran pendahuluan anda, semakin sedikit jumlah faedah ansuran pinjaman dikenakan bank terhadap anda. Sebabnya senang sebab anda perlukan masa yang lebih singkat untuk selesaikan loan.

Loan kereta 5 tahun secara amnya mempunyai jumlah faedah yang lebih rendah berbanding loan 9 tahun. Pinjam lama-lama boleh sakit dompet. Secara amnya, bank-bank di Malaysia membiayai 90% daripada nilai kereta dan bakinya perlu dibayar oleh pembeli kereta sebagai bayaran pendahuluan untuk menjamin pembelian kereta.

Boleh dikatakan, terdapat beberapa bank dan institusi kewangan bukan bank yang menawarkan wang pendahuluan 0%. Ini bermakna, anda tidak akan diminta membayar sejumlah wang tunai sebagai pendahuluan untuk membeli kereta tetapi jangan terlalu gembira kerana 0% pendahuluan juga bermaksud anda membayar lebih banyak faedah kerana jumlah pembiayaan yang lebih besar dan yang paling penting, pinjaman penuh juga bermaksud faedah yang lebih tinggi kadar berbanding kemudahan pinjaman kereta biasa.

Apa yang anda tidak bayar hari ini, akan anda perlu bayar lebih kelak. Itulah lumrah hutang.

4. CUKAI JALAN DAN INSURANS

Insurans dan cukai jalan adalah kos yang mesti diambil kira semasa membeli kereta baru. Bayaran insurans biasanya lebih tinggi daripada pembayaran cukai jalan. Nilai cukai jalan bergantung pada nilai kenderaan anda seperti Tahun kereta dan kereta baru atau terpakai. Selalunya, pihak bank yang menawarkan pinjaman kereta kepada anda akan merangkumi pembayaran insurans kali pertama anda dalam jumlah pinjaman. Penanggung insurans pilihan biasanya disarankan oleh peniaga atau bank yang memproses permohonan pinjaman anda.

broken image

5. TEMPOH PINJAMAN, BAYARAN BALIK, DAN PENYELESAIAN AWAL

Mungkin para membaca tertanya-tanya berapa lama secara amnya tempoh untuk pembiayaan kereta? Di Malaysia, tempoh pembayaran pinjaman kereta merangkumi sesingkat 5 tahun hingga maksimum 9 tahun. Bergantung pada jumlah pinjaman dan pembayaran bulanan, pertimbangan jumlah yang diluluskan juga bergantung pada jumlah tunggakan hutang anda. Juga diingatkan, lebih singkat tempoh pinjaman anda, semakin sedikit faedah yang anda bayar.

Peraturan 78 (Apa barang ini?)

Di Malaysia, bank mengamalkan Peraturan 78 sebagai panduan untuk membantu mengira caj faedah pinjaman. Sebahagian daripada cara pinjaman dengan kadar faedah tetap, peminjam biasanya membayar bahagian bunga yang lebih tinggi pada tahap awal waktu pinjaman, jadi potensi simpanan untuk peminjam (anda) dari membayar pinjaman lebih awal adalah kurang.

Bayaran bulanan sama sepanjang tempoh peminjaman, namun nisbah pokok dan faedah berbeza bulan-bulan.

Bank ini bijak. Dia tak nak anda selesaikan hutang awal supaya dia boleh maksimakan keuntungan.

broken image

Ada masalah loan kereta atau tak tahu akan lulus atau tidak?

Kebanyakan pembeli kereta meletakkan duit tempah (booking fee) bila berminat membeli tetapi bila loan tak lepas, tidak pula tahu kenapa. Booking fee yang dibayar pula mungkin mengambil masa untuk dikembalikan. Jimatkan masa dan wang dengan menjalani penilaian kewangan kami.

 

Anda sepatutnya luangkan masa untuk memandu uji, dan berhubung dengan penasihat penjualan untuk mendapatkan tawaran terbaik. Bukannya sakit kepala dan hati sebab loan kereta lepas tak lepas.

Penilaian kebarangkalian kelulusan pinjaman kereta merangkumi:

• Rujukan Kredit & CTOS BNM

• Anggarkan Analisis Nisbah Perkhidmatan Hutang

• Pemarkahan Kebarangkalian Pembiayaan

• Cadangan Julat Harga Kenderaan

• Cadangan Faktor Keutamaan Kenderaan

• Sokongan untuk Meningkatkan Penilaian Kredit dan Pelan Peningkatan Kelayakan Pembiayaan

• Cadangan Tawaran Terbaik

Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau memerlukan khidmat konsultasi, anda boleh hubungi kami melalui emel  atau klik butang 'Saya Perlu Konsultasi Kewangan' di bawah.