Kami pasti ramai di antara anda masih tertanya-tanya mengenai caj-caj yang dikenakan untuk pembelian kereta. Ramai juga di kalangan kita masih menunding jari kepada syarikat ‘dealership’ kereta mahupun pembantu jualan yang dikatakan mengaut keuntungan dan mengenakan caj-caj yang tidak setimpal kepada proses pembelian kereta baru mahupun terpakai.
Namun begitu, tidak dinafikan terdapat segelintir daripada mereka yang berani mengambil kesempatan dan menipu pelanggan mereka.
Kini, kami senaraikan caj/fi yang sering digunakan dalam urusan pembelian kereta. Diingatkan bahawa, tidak semua caj tersebut perlu dikenakan kepada pelanggan. Separuh daripadanya hanyalah caj tambahan yang sengaja diletakkan kepada pelanggan, dan ianya banyak dikenakan dalam proses pembelian kereta terpakai.
- Fi perjanjian
- Fi pemprosesan
- Fi JPJ
- Fi Puspakom
- Fi E-Auto
- Servis/Perkhidmatan
- Semakan Kewangan
Kebanyakkan daripada kos di atas, lebih cenderung dicaj kepada kereta terpakai daripada kereta baru. Sekiranya untuk kereta baru, sesetengah daripada pengedar kereta/dealership selalunya akan meminta kita untuk membuat semakan kewangan terlebih dahulu daripada pelanggan mereka untuk melihat kelayakan dan semak laporan kredit mereka. Selalunya ia berharga diantara RM20-RM40 bergantung kepada syarikat pengedar kereta itu sendiri.
Ikuti suntingan video dibawah oleh Nazz Abdullah. Dalam video tersebut, Chedin sebagai pengusaha Destiny Auto penjual kereta terpakai memberi pencerahan tentang caj-caj yang tidak sepatutnya dikenakan kepada pelanggan di luar sana.
Bagi handling fees pula, ramai pembeli keliru mengenai perkara tersebut. Sekiranya anda membeli kereta menggunakan pinjaman bank, fungsi caj ini dikenakan ialah pihak bank membayar caj tersebut kepada pihak pengedar kereta. Tidak ada kena mengena dengan pembeli yang memohon pinjaman bank tersebut. Ianya akan dinyatakan di dalam surat LOU (Letter of Undertaking) yang diberikan daripada pihak bank kepada pihak pengedar kereta.
Diharapkan artikel ini memberi sedikit gambaran mengenai kesedaran kewangan dalam proses pembelian kereta. Sekiranya anda berminat untuk membuat semakan kewangan, anda boleh klik butang di bawah untuk makluman lanjut.