Return to site

BOLEHKAH MEMBELI KERETA SECARA TUNAI?

· Personal Finance,Cost Saving Tips

Pasti ramai tertanya-tanya boleh ke membeli kereta secara tunai? Untuk kereta terpakai, ya senang dan tiada masalah, tetapi bagaimana pula kalau beli kereta baru? Acap kali kita mendengar untuk membeli kereta baru, kita perlu memohon pinjaman daripada bank mahupun daripada pengeluar kereta itu sendiri. Namun, apabila libatkan diri dengan dunia berhutang, kita seringkali terbeban apabila terpaksa memberi komitmen untuk melunaskan hutang tersebut setiap bulan. 

Tambahan pula, setiap tahun kita perlu sediakan wang ekstra untuk memperbaharui insuran dan cukai jalan. Itu belum termasuk jika berlaku perkara-perkara yang tidak dijangka seperti kereta terlibat dalam kemalangan dan sebagainya yang mendesak kita untuk mengeluarkan duit untuk membaiki kereta anda.

broken image

Diingatkan juga, membeli kereta secara tunai bukanlah sesuai untuk semua golongan, ianya bukanlah sesuatu yang mampu dilakukan oleh semua orang kerana ia memerlukan kekuatan, pengorbanan yang tinggi serta kesabaran yang hebat untuk membeli kereta secara tunai. Anda terpaksa memendam hasrat untuk membeli perkara-perkara lain dan meletakkan fokus menabung dan menyimpan wang hanya untuk membeli kereta secara tunai. Kebaikannya di sini ialah di mana anda akan bebas daripada segala tekanan dan bebanan hutang.

Kami pasti ramai di antara kita yang mungkin telah tahu perkara ini, namun kepada yang masih tertanya-tanya mengenai isu pembelian kereta secara tunai, artikel ini khas untuk anda terutamanya untuk anak muda kita yang baru melangkah ke alam pekerjaan.

broken image

Kita juga selalu dengar sekiranya membeli kereta secara tunai, pihak LHDN akan buat penelitian dan semakan ke atas anda. Kalau diikutkan, tiada masalah untuk anda beli sesuatu aset terutamanya kereta secara tunai. Dengan syarat anda boleh buktikan daripada mana sumber wang tersebut diperolehi, itu sudah memadai.

Situasi: 

Katakan anda baru dapat wang pampasan hasil daripada takaful yang dilanggan oleh ibu bapa anda pada saat kematian beliau ataupun hasil caruman ASNB serta KWSP anda. Anda selaku anak dan waris yang sah, dapat pampasan sebanyak RM1 juta. Jadi sudah tentulah perkara tersebut tidak akan menjadi satu punca sekiranya kita ingin membeli kereta dengan duit tersebut dengan syarat anda menyatakan dokumen yang sah dan sumber kewangan meyakinkan kepada pihak mereka. 

LHDN hanya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai agensi pengutip cukai di negara kita. Susah pasti, mereka akan cakna dan telus dalam memastikan masyarakat kita menjalankan tanggungjawab dan menguruskan kewangan mereka dengan baik.

Jadi, untuk membeli kereta tidaklah mustahil cuma ia memerlukan kekuatan yang kuat dan konsistensi yang baik untuk memastikan ia berjaya. Adakah anda orangnya? Hanya anda sahaja yang tahu, tepuk dada tanya selera. 

RUMUSAN BELI KERETA SECARA TUNAI:

  1. Sifat menabung yang konsisten dan cemerlang.
  2. Mempunyai sumber kewangan yang kukuh
  3. Harga kereta lebih rendah apabila membeli kereta secara tunai.
  4. Jimat kos untuk proses dokumentasi.