Siapa sahaja yang tidak gerun apabila mendengar perkataan senarai hitam atau lebih kerap
disebut ‘blacklisted’ di kalangan masyarakat Malaysia. Tambahan pula, tidak ada yang lebih
memalukan sekiranya anda tergolong dalam senarai hitam di Bank Negara Malaysia dan ianya
menjadi rumit apabila anda ingin membuat pinjaman untuk membeli kereta ataupun hartanah.
Tidak dinafikan golongan muda merupakan penyumbang terbesar yang tersenarai di dalam
perkara tersebut. Hal ini kerana, jenis peminjam terbaru yang diancam dengan senarai hitam ini
adalah peminjam pinjaman PTPTN dan ia telah memberi impak yang kuat pada perbincangan
di dalam masyarakat Malaysia.
Oleh itu, kami telah putuskan untuk memberi alternatif atau jalan keluar daripada masalah ini.
Sekiranya anda merupakan orang yang tergolong dalam senarai hitam ini yang anda perlu tahu.
APAKAH TINDAKAN YANG PERLU SAYA LAKUKAN?
Malangnya, tidak ada jalan singkat untuk keluar daripada masalah ini. Secara asasnya, anda
mesti selesaikan hutang anda. Namun begitu terdapat tiga situasi yang boleh menyebabkan
anda mendapat laporan kredit yang tidak jelas. Antaranya:
1) SAYA DISENARAIKAN HITAMKAN KERANA TIDAK MELUNASKAN PINJAMAN SAYA MENJELANG TEMPOH AKHIR.
Jawapan mudah untuk keadaan ini ialah anda mesti melunaskan pembayaran anda sepenuhnya. Anda boleh menghubungi pihak bank anda dan membuat rundingan jadual pembayaran semula. Namun sekiranya anda tidak dapat membayar sekaligus dan juga telah melebihi tempoh masa mereka mungkin tidak menerima sebarang rundingan tersebut. Walau bagaimanapun, ianya tidak menjadi satu kesalahan untuk menyuarakan pertanyaan. Sekiranya anda berjaya melunaskan pembayaran itu, anda perlu memohon Surat Pelepasan kepada pihak bank (ini biasanya akan dibekalkan serta merta atau mengambil masa dua minggu).
Setelah anda menerima surat ini, anda boleh bertanyakan kepada pihak bank bilakah mereka akan mengemukakan kemas kini ini kepada Bank Negara. Pastikan anda pergi atau menghubungi Bank Negara untuk memastikan ianya telah dilaksanakan.
Sementara menunggu pihak bank mengemas kini status anda, anda perlu membawa Surat
Pelepasan anda semasa memohon pinjaman atau kad kredit lain untuk menunjukkan kepada
pihak bank bahawa anda telah menjelaskan hutang lama anda.
2) SAYA SELALU MEMBAYAR PINJAMAN DENGAN LAMBAT
Sesetengah individu tidak bermaksud untuk sengaja melewatkan pembayaran, mereka mungkin
terlupa atau terpaksa menyelesaikan komitmen yang lain terlebih dahulu. Hal ini turut memberi
kesan buruk kepada laporan kredit anda.
Laporan Bank Negara mencatatkan rekod pembayaran anda selama satu tahun. Oleh hal yang
demikian, untuk menjernihkan keadaan ini, anda perlu membayar tepat pada masanya selama
12 bulan untuk membersihkan rekod lama anda.
3) SAYA TERLEPAS BEBERAPA BAYARAN
Terlepas beberapa bayaran bermakna anda perlu membayar semua tunggakan anda iaitu
(pembayaran bulanan yang anda terlepas, bukan keseluruhan jumlah pinjaman jika pinjaman
anda masih berjalan) dan seterusnya membina semula skor anda melalui pembayaran yang
baik dengan cara yang sama seperti situasi di atas.
Sekiranya pembayaran yang terlewat terlalu tinggi, anda boleh cuba berunding dengan pihak
bank anda untuk mengetahui adakah mereka bersedia untuk memasukkan jumlah yang tidak
dijelaskan itu ke dalam baki jumlah pinjaman, serta menukar pembayaran bulanan anda untuk
menampung jumlah yang tidak dijawab.