Return to site

Masa Yang Sesuai Untuk Menukar Kereta

· Personal Finance,Cost Saving Tips

Sesetengah orang suka membeli kereta baru selang beberapa tahun, walaupun kereta yang sedia ada masih baru dan berfungsi dengan baik. Ada juga yang risau untuk membeli kereta baru dan tidak mahu menukar kereta mereka. Jadi, bagaimana anda tahu bila tiba masanya untuk menaik taraf kenderaan anda?
 

Bagi segelintir orang, jika anda perlu melakukan lebih daripada dua atau tiga baik pulih kereta dalam setahun, sudah tiba masanya untuk membeli kereta baru. Pilihan pembiayaan yang menarik dan pelbagai mengukuhkan lagi tindakan ini. Adakah ini alasan yang sah untuk membeli kenderaan baru? Mari kita lihat beberapa pemboleh ubah yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.


# 1: Kos Penyelenggaraan Kereta Semasa Anda Mengikis Anda
Walaupun untuk kenderaan model terbaru, bil pembaikian kereta tidak dapat dielakkan. Namun, seiring dengan pertambahan usia kereta, penyelenggaraan yang lebih kerap serta berkos tinggi perlu dilaksanakan. Oleh kerana situasi individu berbeza-beza, sukar untuk diputuskan waktu yang terbaik untuk membeli kenderaan baru.


Sekiranya kereta anda memerlukan tiga kali pembaikian dengan jumlah keseluruhan RM 1,500 sepanjang tahun, anda mungkin memutuskan bahawa, berdasarkan barometer pembayaran kereta, anda perlu menyimpan kereta lama anda. Sebaliknya, jika anda mempunyai lima kali pembaikian berjumlah RM 3,500, anda mungkin boleh memutuskan bahawa nilainya setimpal untuk pembayaran kereta baru.
 

# 2: Kereta Sudah Tidak Stabil Dan Berfungsi Sepenuhnya
Ini juga berkaitan dengan penyelenggaraan kereta, tetapi daripada sudut pandangan yang berbeza. Mungkin kos penyelenggaraan sebenar tidak begitu tinggi sehingga menjadi sangat membebankan. Namun, ada kemungkinan bahawa kenderaan terlalu kerap rosak dan menghabiskan banyak masa di bengkel. Perkara ini menyebabkan anda bergantung kepada kereta sewa, pemandu lain, atau bahkan tanpa kenderaan dengan lebih kerap kerana ianya lebih praktikal.


Dalam proses mempertimbangkan sama ada untuk mengekalkan atau tidak kereta anda sekarang atau menukar kereta baru, harga selalu menjadi faktor utama. Walau bagaimanapun, kebolehupayaan sesebuah kenderaan untuk berfungsi sepenuhnya juga penting. Ini tidak dapat membantu anda menjimatkan wang jika anda memandu kereta yang berusia dan hilang nilai fungsi sesebuah kereta.

# 3: Anda Memerlukan Kereta Dengan Teknologi Terkini
Kereta menjadi semakin maju sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Tidak mustahil untuk memandu kereta yang sama selama 15 hingga 20 tahun, walaupun pada hakikatnya ia bukan standard budaya masyarakat. Namun, kerana kemajuan teknologi, kenderaan yang berusia tidak mempunyai teknologi yang diperlukan.
Anda mungkin ingin menaik taraf kenderaan anda dari sudut teknologi. Anda boleh memutuskan, misalnya, anda memerlukan built-in navigation, sambungan Bluetooth, dan port USB untuk mengecas telefon anda. Perkara ini berlaku terutamanya sekiranya kemudahan seperti itu penting dalam pekerjaan anda.

broken image

# 4: Kereta Anda Tidak Lagi Sesuai Dengan Gaya Hidup Anda
Ini adalah salah satu sebab yang paling umum dan utama bagi membeli atau menukar kenderaan baru. Sekiranya gaya hidup anda berubah, kenderaan lama anda tidak lagi sesuai untuk digunakan. Contohnya, jika anda pernah menggunakan kereta subkompak yang menjimatkan bahan bakar tetapi sekarang anda sudah berkahwin dengan anak kecil, kemungkinan besar anda memerlukan kenderaan yang lebih besar.
Penukaran pekerjaan juga menjadi faktor pembelian kenderaan baru. Sekiranya anda mempunyai kereta lama yang sangat sesuai untuk perjalanan biasa tetapi sekarang anda bekerja sendiri dan memerlukan kenderaan dengan banyak ruang simpanan, anda perlu menukarnya dengan kenderaan SUV atau trak pick-up.
 

# 5: Status Kewangan Yang Stabil
Ramai orang mendapati diri mereka berada dalam situasi yang serupa dengan yang disebutkan di atas, namun mereka tidak dapat membeli kenderaan baru kerana kekurangan modal kewangan. Sekiranya anda memutuskan untuk membeli kereta baru, pastikan anda mampu membelinya tanpa rasa beban. Anda mesti dapat menguruskan bukan sahaja pembayaran bulanan, tetapi juga kos insurans kereta yang tinggi. Kos tersebut berkadar terus dengan nilai kenderaan. Hal ini berlaku terutama dalam hal insurans kereta, kerana mana-mana kenderaan baru memerlukan perlindungan kemalangan dan komprehensif di samping perlindungan tanggungjawab umum.
 

broken image

Membeli kereta baru adalah keputusan yang amat penting dan tidak boleh dipandang ringan. Sebelum anda bergerak, fikirkan gaya hidup, keperluan anda, dan yang paling penting dan utama, kewangan anda. Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau memerlukan khidmat konsultasi, anda boleh hubungi kami melalui emel atau hubungi kami di talian (+60 19-383 9484).